Showing posts with label sarapan sihat. Show all posts
Showing posts with label sarapan sihat. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut


Ramai antara kita yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kuruskan badan untuk kelihatan langsing dan menawan. Keghairahan untuk tampil dengan bentuk menawan, anggun dan bergaya hampir menyebabkan kita gagal untuk mengawal perbelanjaan kita. Ramai juga yang akhirnya kecewa selepas berhabisan ribuan ringgit namun hasilnya tidak memuaskan hati.

Kekecewaan ini mungkin boleh diatasi sekiranya kita mengetahui tips atau petua untuk kuruskan badan. Ayuh kita cuba 8 tips mudah kuruskan badan ini. Moga ada manfaatnya hasil perkongsian artikel ini.

1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.

3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.

5. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epak, betik, belimbing dsb.

6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.

7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.

8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.

Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.

Monday, February 18, 2013

Tips Kurus dengan cepta


1. Pastikan anda makan lima kali sehari dan makan dengan kerap dan kuantiti yang kecil supaya kurang berasa lapar.Pilih makanan yang rendah kalori. Anda digalakkan mengambil makanan seperti biasa dan pengetahuan tentang kalori adalah penting.Ramai yang beranggapan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja boleh menurunkan berat badan. Ini adalah perkara yang silap. Tubuh badan anda masih memerlukan kabohidrat dan lain-lain unutk membakar lemak yang berlebihan didalam badan.

2. Banyakkan mnum air masak sehari. Sekurang-kurang 3-4 liter sehari.Lebih banyak adalah lebih baik. Mengapa perlu minum air banyak? Tubuh badan manusia memerlukan air.Oleh itu dengan pengambilan air,toksin dalam badan dapat dikeluarkan dengan cepat. Ini adalah satu rahsia kurus dan turunkan berat badan dengan cepat dan berkesan dan harga amat murah.

3. Lakukan aktiviti pembakaran kalori yang mudah. Ramai yang beranggapan nak kurus dengan cepat hanya makan ubat kurus sahaja tanpa melakukan aktiviti kardiovaskular. Anggapan ini adalah meleset sama sekali. Alasan yang diberikan adalah sibuk,tidak sempat bersenam dan sebagainya. Sebenarnya mereka pun boleh melakukan sambil berjalan-jalan dan semasa kerja. Contoh dipejabat yang bertingkat.Sila pilih tangga daripada lif atau semasa menaiki escalator,apa salahnya anda bergerak menaiki tangga tanpa memakukan diri sahaja. Berjalan ketempat kerja juga dapat membakar kalori yang cepat 10-15 langkah yang cepat dapat membakar 1 kalori. Jika tempat kerja anda jaraknya 500 meter anda sudah bakar 30-40 kalori sehari dan ini membantu anda unutk menurunkan berat badan dengan cepat.

4. Kawal habit makan yang buruk. Semasa makan sila pastikan anda minum air masak terlebih dahulu sebanyak 2 gelas. Pilih makanan yang rendah kalori atau makan dengan jumalah yang sederhana. Sebelum ini anda ambil 2 senduk nasi dan cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja dan pilih makanan kateogori hijau seperti sayur-sayuran. satu cawan bayam hanya ada 7 kalori sahaja berbanding dengan satu potng kek yang mengadungi 200-400 kalori.

5. Kenal pasti keperluan kalori anda. Jika lelaki kebiasaan keperluan kalori sehari 2000 dalam masa sehari.Wanita dalam 1500-1800 sehari. Pastikan anda ambil kalori dibawah paras keperluan. Pengurangan 600 kalori sehari dapat membantu anda menurunkan 1 kg seminggu. Mudah bukan.

6. Elakan ketagihan racun putih seperti gula dan garam. Kurangkan penggunaannya dapat membantu anda turunkan berat badan dengan cepat

7. Ambil green tea unutk membakar lemak dan menyingkirkan toksin dalam badan anda. Ia juga dapat membantu anda menurunnkan berat badan dengan cepat.

8. Lakukan riadah seperti berbasikal,berjalan kaki sekurangnya 30 minit sebanyak 3 kali seminggu. Jangan lakukan aktiviti ekstrem seperti berjoging dan sebagainya yang menyebabkan anda penat dan akan mengambil makanan berkalori tinggi. Mulakan dengan aktiviti yang ringan dahulu. Aktiviti skipping contohnya dapat membakar kalori dengan cepat banding berlari.

9. Jangan tinggal makanan anda.Teruskan seperti biasa tetapi ambil dalam kuantiti kecil dan pilih makanan kateogori hijau.

Jom turunkan berat badan anda untuk penampilan yang lebih yakin dan bergaya serta dapat menyihatkan badan

Saturday, February 16, 2013

Minum Yogurt Perut Sihat


Pernah tak anda terlihat di label yogurt-yogurt yang dijual dipasaran terdapat label “live active cultures” yang bermakna yogurt ini penuh dengan bacteria.
Mungkin bacteria tidak berapa menarik minat anda,tetapi sebenarnya probiotic bacteria yang terdapat didalam yogurt membantu sistem penghadaman anda. Probiotic bacteria mengawal keseimbangan microorganisma (dipanggil flora) yang terdapat didalam sistem penghadaman anda.
Salah satu jenis probiotic bacteria yang terdapat dalam usus anda ialah Lactobacillus acidophilus, which is terdapat dalam yogurt. So bila anda makan yogurt yang terdapat label“live active cultures”  sudah tentu ia akan membantu sistem penghadaman anda.

Monday, February 11, 2013

4 Sebab Sarapan Sangat Penting & Tips Sarapan Sihat


Setiap orang tentunya perlu untuk mengisi perutnya sebelum memulakan hari, namun, tidak jarang pula orang yang melupakan kebiasaan ini dan membiarkan pagi hari diisi dengan perut yang kosong. Sebenarnya ada beberapa alasan yang menyebabkan pentingnya sarapan di pagi hari untuk kesehatan.  Mereka yang berpikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Riset di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 persen tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.


Supaya anda lebih paham manfaatnya, berikut adalah penjelasan mengapa  sarapan memberi kebaikan bagi tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup :

1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.
Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan.  Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.


2.  Sarapan boleh menurunkan berat badan.
Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien.   Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil.  Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik.  Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an.  Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.        


3.  Sarapan tingkatkan kemampuan otak.  
Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar energi  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.  Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang

 4.  Perlindungan terhadap sakit jantung.
Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%. 


Tips sarapan sihat :
1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sendok setara 4 gram).


2. Jika  tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati  semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.


3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.


4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan  vitamin bagi tubuh.  Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.


5. Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar Anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah.  Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar. (kompascom)



Sumber : Artikel gaya hidup